User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

Soalan 1 : Jika tidak mampu mengambil Peguam, apakah ada Bantuan Guaman yang disediakan oleh pihak Kerajaan?

Ya, ada. Kerajaan telah menubuhkan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bagi membantu rakyat yang tidak mampu membayar khidmat guaman semasa menghadapi kes di Mahkamah Syariah. Pegawai dari JBG akan bertindak sebagai Peguam kepada orang yang melantiknya di dalam mana-mana pertikaian di Mahkamah Syariah.

 

Soalan 2 : Tuntutan selepas perceraian 

Saya telah bercerai talak satu raj’ie dengan kebenaran Mahkamah di Mahkamah Syariah Derah Marang pada bulan 10 Mei 2107 yang lalu. Adakah saya mempunyai hak dan apakah tuntutan atau hak-hak yang boleh saya tuntut sebagai isteri setelah berlakunya perceraian antara saya dan bekas suami ?

Selepas berlakunya perceraian, Puan mempunyai beberapa hak yang boleh dituntut dan difailkan di Mahkamah Syariah. Antara tuntutan-tuntutan yang boleh difailkan adalah :

-Hutang Maskahwin
-Nafkah ‘Iddah
-Tunggakan Nafkah Isteri
-Mutaah
-Harta Sepencarian
-Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
-Nafkah Anak

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Nama Kumpulan : FOUTAIN OF JUSTICE

Nama Ahli Kumpulan : 
1. Tuan Ahnaf bin Ahmad (Fasilitator)
2. Puan Nurul Najwa binti Mohamad (Ketua Kumpulan)
3. Puan Noor Hayati binti Muda @ Long (Ahli)
4. Encik Mohamad Syafiq bin Azuddin Shah (Ahli)
5. Puan Ain Nazurah binti Abdullah @ Mohd (Ahli)
6. Puan Suriati binti Abdullah @ Mohd (Ahli)
7. Mohd Nasarudin bin Nawi (Ahli)
 

 

Latar belakang projek

e-Submit merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi memudahkan pelanggan, terutamanya Peguam Syarie, untuk melakukan urusan penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh mahkamah semasa pendataran kes di kaunter. Dengan menggunakan sistem ini, pelanggan tidak perlu lagi datang ke mahkamah untuk urusan tersebut tetapi ia boleh dilakukan secara dalam talian.

 

Impak dan keberkesanan kepada sistem penyampaian 

Data pemantauan telah diambil daripada 50 fail kes bermula pada 20 September 2021 sehingga 3 Oktober 2021 iaitu selama 14 hari. Selepas pemantauan, FOJ mendapati bahawa projek e-submit telah berjaya mengurangkan proses kerja daripada 8 proses kepada 3, selain dapat mengurangkan tempoh masa pelanggan pergi dan balik sebanyak 1,630 minit serta mengurangkan kos pelanggan pergi dan balik sebanyak RM213,984.00 setahun.

 

 Anugerah 

Bil.

Peringkat Pertandingan

Tempat

Tarikh

Keputusan

1.

Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 : Road To Beijing ICQCC Siri 2

Hotel Swiss-Garden, Kuala Lumpur

20 – 21 Mac 2023

Anugerah Emas 2 Bintang

2.

Virtual Innovation Competition 2023 (VIC2023)

Secara atas talian (Online)

26 Jun 2023

Anugerah Emas

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Nama Kumpulan : JUSTICE HUNTER

Nama Ahli Kumpulan :
1. Encik Zulkiflee bin Mohd (Fasilitator)
2. Puan Nur Thuraiya Yumni binti Alias (Ketua Kumpulan)
3. Puan Hanifah binti Harum (Setiausaha)
4. Puan Robiah binti Khamis (Ahli)
5. Puan Sapura binti Ismali (Ahli)
6. Encik Zainal Abidin bin Sabri (Ahli)
7. Encik Hartini binti Endut (Ahli)
8. Encik Muhammad Aizat bin Ahmad (Ahli)
 

Ringkasan/Pengenalan Projek

Projek Video Conference Consultation (VCC) ini adalah satu projek atau Inovasi Sosial dalam bidang penyampaian perkhidmatan yang menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan dan teratur berteraskan kepada prinsip asas pembudayaan KIK dan inovasi “KAIZEN” iaitu penambahbaikan berterusan dan telah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan. Kami telah memilih tajuk ini berdasarkan beberapa justifikasi, antaranya menjimatkan masa pelanggan dan mengurangkan kos untuk hadir ke mahkamah, meningkatkan produktiviti Jabatan, menambah mutu perkhidmatan dan selari dengan perkembangan teknologi dan inovasi serta meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan kakitangan kepada pelanggan.

Strategi “design thinking” telah digunakan oleh kumpulan kami bagi menyelesaikan masalah ini. Teknik empati digunakan bagi mengenalpasti kumpulan sasar iaitu pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat runding cara dari pegawai di Unit Runding Cara, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR). Seterusnya adalah membentuk “point of view” kehendak pelanggan. Pelanggan perlu hadir sekali sahaja ke Mahkamah dan tidak perlu berulang alik, atau langsung tidak perlu hadir ke Mahkamah Syariah untuk sesi runding cara ini bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan-tujuan seperti memfailkan kes atau penyelesaian akibat permasalahan yang wujud berkaitan hukum syarak dan undang-undang. Hasil sesi brainstorming, kumpulan kami sebulat suara untuk mencipta produk yang dinamakan Video Conference Consultation (VCC). VCC adalah satu perkhidmatan runding cara secara sidang video atas talian. Prototype VCC telah dicipta dan dibentangkan kepada jabatan dan telah mendapat kelulusan dan telah digunapakai bagi seluruh Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu. 

Menerusi projek VCC, ianya telah mengurangkan proses kerja iaitu daripada 7 proses kerja kepada 3 proses kerja. VCC telah memberikan impak positif terutamanya kepada pelanggan yang memerlukan khidmat Runding Cara. Antara impaknya adalah, VCC sebagai medium alternatif kepada pelanggan yang tidak berkesempatan ke Mahkamah. Selain itu, pelanggan juga tidak perlu berulang alik ke Mahkamah dan pelanggan dapat memilih VCC mengikut waktu yang bersesuaian. Antara impak yang turut penting adalah penggunaan teknologi dalam perkhidmatan kerajaan dapat meluaskan akses kebolehcapaian maklumat.

 

Pencapaian dalam pertandingan

Kumpulan dan projek ini berjaya memperolehi Anugerah Emas dalam konvensyen tersebut. Seterusnya pada 17 – 20  November 2020, kumpulan ini turut menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2020 juga secara atas talian dan telah berjaya memenangi Anugerah Emas 5 Bintang. Kumpulan Justice Hunter telah mendapat Gold Award di  International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2022 di Jakarta, Indonesia yang berlangsung pada 15 -18 November 2022.

 

Bagaimana inovasi tersebut diaplikasikan dalam jabatan

Dengan adanya VCC ini, setiap pelanggan hanya perlu hadir sekali atau langsung tidak perlu hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan khidmat runding cara dan permasalah dan kebuntuan mereka dapat diselesaikan secara dalam talian sahaja dan boleh meneruskan untuk prosedur seterusnya yang berkaitan.

Hala tuju yang begitu positif  di dalam penggunaan VCC ini, memberi harapan besar pada kumpulan KIK untuk mengembangkan penggunaannya bagi manfaat masyarakat awam di Negeri Terengganu khususnya. VCC berpotensi untuk diaplikasikan oleh semua Mahkamah-mahkamah Syariah di setiap negeri dalam Malaysia.

 

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 23

Week 398

Month 924

All 13689

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu