KUNJUNGAN HORMAT YAA KETUA HAKIM SYARIE TERENGGANU KE ATAS YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
Delegasi kunjungan hormat dari Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang diketuai oleh YAA Tuan Haji Rosdi Bin Harun, Ketua Hakim Syarie Terengganu ke atas YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah dilaksanakan pada hari Selasa, 11 Mac 2025 bertempat di Pejabat YB Menteri di Putrajaya.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan antara Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Terengganu dengan jabatan/agensi agama di peringkat persekutuan.
Dalam lawatan ini juga, YAA KHS Terengganu sempat berkongsi misi dan visi jabatan bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan bagi Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Terengganu. Diharap pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.
Turut menyertai kunjungan hormat ini ialah YA Tuan Haji Kamalruazmi Bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan YA Tuan Haji Hamidi Bin Shafie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.