Borang-Borang Mahkamah Syariah
Bagi mempercepatkan proses pendaftaran kes, pelanggan boleh mendapatkan contoh panduan penyediaan MS 3 (Notis Permohonan) dan MS 26 (Afidavit) sebagaimana yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan prosedur pendaftaran kes Mal boleh diperolehi di Kaunter Setempat Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Aras 1, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Para pelanggan bolehlah memuat turun contoh di dalam segmen ini untuk dijadikan panduan umum memulakan kes Mal di Mahkamah Syariah dan penyediaan ini hanyalah sebagai panduan untuk memudahkan pelanggan.Terdapat 2 jenis pendaftaran kes Mal yang boleh dimulakan di Mahkamah Syariah iaitu :
1. Tuntutan
Tuntutan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Saman dan Pernyataan Tuntutan (MS 2)
2. Permohonan
Permohonan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes Mal yang dimulakan dengan Notis Permohonan (MS 3) berserta Afidavit Sokongan (MS 26).
Seksyen 3 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu 2001 memperuntukkan tafsiran "Borang"-
- "borang" ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu".