22 Februari 2024 - Sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans Dan Antirasuah (AIGA) 2023 di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya pada 22 Februari 2024. Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja dan ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. Majlis anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka. Sebanyak 154 buah agensi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi dari sektor awam dan 59 agensi dari sektor swasta telah menyertai AIGA iaitu peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding penganjuran pada tahun 2022. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu adalah salah satu jabatan yang mendapat anugerah AIGA 2023 bagi sektor awam.
Arkib
- Posted By Super User
- Berita Utama
- Hits: 2441