29 April 2024 : Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) telah menganjurkan program Majlis Penyampaian Bantuan Dana Pendahuluan Nafkah BSK Siri 1 Tahun 2024 yang berlangsung pada 29 April 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Jawantankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah. Majlis turut dihadiri oleh YAA Dato' Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie JKSTR, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Pendakwaan, Jabatan Bantuan Guaman, Persatuan Peguam Syarie Terengganu dan seterusnya pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Seramai 16 orang penerima dana telah diraikan dalam majlis bantuan dana pada siri 1 tahun 2024 ini yang mana sebanyak RM 27,000 dana telah disalurkan. Senarai penerima ini ditetapkan setelah memenuhi kriteria kelayakan asnaf yang telah diputuskan oleh pihak MAIDAM. Keceriaan seterusnya tergambar apabila penerima dana kemudiannya diraikan bersama-sama kakitangan dan jemputan Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan di Ruang Legar Aras 1, Bangunan Mahkamah Syariah , Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
Arkib
- Posted By Super User
- Berita Utama
- Hits: 2223