Arkib Berita

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

12 November 2024 | Selasa|Colombo | Sri Lanka.

ANUGERAH GOLD AWARD KUMPULAN INOVATIF & KREATIF QUANTUM OF JUSTICE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU DI ICQCC 2024, SRI LANKA

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) sekali lagi mencipta sejarah di peringkat antarabangsa apabila Kumpulan Quantum of Justice (QOJ) memenangi anugerah Gold Award bersempena 49th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024, Sri Lanka. ICQCC 2024 pada kali ini bertemakan "Beyond Boundaries : A Quest for Quality, Productivity & Innovation" dianjurkan oleh Sri Lanka Association for the Advancement of Quality and Productivity (SLAAQP) yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 11-13 November 2024.

Upacara pembukaan berlangsung di Bandaranaike Memorial International Conference Hall (BMICH), Bauddhaloka Mawatha, Colombo, Sri Lanka manakala pertandingan inovasi dilaksanakan di Hotel Mount Lavinia, Colombo, Sri Lanka. Hasil Anugerah Emas 4 Bintang di pertandingan MPC Showcase On Productivity Improvement Initiatives pada Januari 2024 yang lalu melayakkan kumpulan Quantum of Justice untuk menyertai ICQCC 2024 di Sri Lanka pada kali ini.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif ke-10 yang dibentuk pada setiap tahun oleh pengurusan tertinggi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu dinaungi oleh Yang Amat Arif Dato’ Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu. Kumpulan ini diketuai oleh Tuan Ahmad Amir Mustaqim bin Ahmad Kusaini mempunyai enam orang ahli serta turut diselia oleh seorang fasilitator iaitu Puan Nur Thuraiya Yumni binti Alias.

Kumpulan ini telah menengahkan satu sistem iaitu E-QANUN yang mendigitalkan dokumen-dokumen perundangan syariah yang diguna pakai di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu bagi dijadikan rujukan dan panduan oleh ramai pihak antaranya Hakim Syarie, Peguam Syarie, pelajar universiti, agensi-agensi awam atau swasta yang berkaitan dan juga orang awam. Sistem ini boleh diakses melalui pautan https://eqanun.terengganu.gov.my.

Pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu amat berbangga dengan pencapaian ini dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas kejayaan kumpulan Quantum of Justice. Kejayaan ini juga diharap memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga kerja jabatan agar terus berinovasi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dan semua pihak yang terlibat bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan.  Sila klik di sini untuk ke galeri gambar.

JK Komunikasi & Korporat JKSTR

 

jksnt

Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah,
Jalan Sultan Mohamad. 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 2323 | Faks: 09-624 1510
Emel : jkstr@esyariah.gov.my


Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini

Hits Pengunjung

Today 76

Week 456

Month 2181

All 23187

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

MyGov MOF KSN
Mampu JPA SPA
BPA MSC KKM
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu