12 Disember 2024 : Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan Majlis Persaraan Tahun 2024 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2023. Majlis diadakan di ruang legar utama aras 1 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu pada 12 Disember 2024 dan majlis bermula jam 2.30 petang. Antara tentatif dalam majlis adalah penganugerahan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Persaraan bagi kakitangan yang terlibat.
Majlis dihadiri oleh YAA Dato' Haji Wan Mohd Zakri b. Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Puan Noor Afzan bt. Adam, Ketua Pendaftar JKSTR, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pendaftar, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, dan semua kakitangan JKSTR. Turut hadir semua penerima-penerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2023 dan kakittangan yang bersara. Majlis kali ini sangat meriah dengan mengenakan busana bertemakan "Tradiasional Melayu Klasik" oleh semua pegawai dan kakitangan JKSTR. Sila klik di sini untuk ke galeri gambar.